Sunday, February 5, 2012

CUCUR KEMBUNG MANIS

Assalammualaikum,

Petang2 ni apa nak buat ye tuk minum petang. Meh la cuba cucur kembung manis resepi cik nolie ni. Resepi ni bonda cik nolie yg ajar. Anak2 cik nolie mmg suka sangat. Minum dgn teh O kurang manis mmg superbb. Resepinya seperti dibawah.



Bahan-bahannya:

1/2 kilo tepung gandum
5-6 sudu besar gula
1 sudu kecil penuh garam
1/2 sudu kecil soda bikabonat
Air secukupnya


Cara membuatnya:

Campurkan tepung, gula, garam dan soda. Gaul rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit hingga membentuk adunan yg cantik (x cair & x pekat - sedang2).

Perap selama 1 jam. Kacau lagi sekali dan boleh la digoreng.

Panaskan minyak hingga betul2 panas. Kecilkan api dan masukan adunan ke dalam minyak. Jangan letak penuh sangat nanti kuih akan kembung.

Balik2 kan cucur hinga garing. Angkat dan toskan minyak.

Hidang panas2.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment