Monday, February 6, 2012

MEE KARI SEMPOI

Assalammualaikum...

Tengahari tadi x masak so malam ni cik nolie wat mee kari je. Mula2 nak masak petang..tapi sbb keluar..terlambat la sikit tapi xpe..hubby biasa makan lepas balik surau...hehe.

Ni mee kari version sempoi sbb nak cepat. Lagi satu versi kalau cuti2 atau hari raya baru buat..hehe.

Resepi seperti dibawah. Sesiapa yang nak cuba tu sila la.


mmg sempoi sbb mee dan kuah je..kalau rajin tambah la telur rebus


Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning - celur

Bahan-bahan tuk kuah:

4 keping dada ayam - potong kecil
1 paket fish ball putih - belah 2
1/2 batang lobak merah - potong kecil panjang2
Tahu keping goreng 3 keping - potong 6
Tahu kembung 1 paket - basuh dan potong 2
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar saiz kecil - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 inci lengkuas - tumbuk
1 batang serai - titik je
2 paket rempah kari babas
santan pekat dari 1 biji kelapa
3 mangkuk air (agak2 kepekatan kuah)
2 sudu kecil garam kasar
2 keping kecil asam keping
Minyak tuk menumis


Cara memasaknya:

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk serta serai hingga garing. Masukan ayam. Masak hingga ayam masak sedikit. Masukan rempah kari. Kecilkan api. Kacau rata.

Masukan pula fish ball..kacau lagi. Masukan air dan kacau lagi. Masukan lobak merah dan tahu goreng. Biar hingga mendidih. Masukan santan pekat, garam dan asam keping.

Tgk kepekatan kuah..kalau kurang tambah la..kalau rasa dah ok..biar je mendidih. Jangan lupa kacau supaya x pecah minyak. Lepas tu boleh la tutup api dan hidang bersama mee yg telah dicelur.

Kalau rajin tambah la telur rebus.


No comments:

Post a Comment