Monday, January 30, 2012

ASB TAK HALAL???

Assalammualaikum,

Bulan lepas masa sibuk2 orang amik dividen ASB, hubby cik nolie ajak g tutup buku. Kebetulan hari tu cik nolie cuti..kitorang pun pegi la Maybank. Dalam pada tu cik nolie tanya gak kenapa nak tutup? Dia kata "saya dengar kat radio IKIM yg ASB ni 'tidak halal' dan ianya disahkan oleh suruhanjaya sekuriti. Ini adalah kerana urusniaganya ada yg tidak mengikut syariah islam." Ooooo..cik nolie jawap. Ala abis tu suma org ok je masuk ASB? Mungkin diorg tak tau kata hubby cik nolie. Emmm..susah jugak kan. Tambah2 bab keuntungan wang..sapa x nak untung kan. Kata hubby lagi...terpulang pada masing2...nak keuntungan dunia ke keuntungan akhirat..cik nolie takut sgt dapat kemurkaan Allah..cukup la dengan segala kekhilafan yg telah cik nolie dan hubby buat dulu kerana cetek ilmu. Jadi cik nolie akur untuk tutup buku walaupun ada juga perasaan sedih.

Lepas tu cik nolie tanya la abis tu camne nak buat pelaburan kalau ASB sendiri dah x halal. Kan ada pelaburan takaful yg mmg sah mengikut syariat..kata hubby..ooooo..ok. Alhamdulillah dibuka oleh Allah jalan untuk mendapat informasi yang penting ini.

Dalam masih tertanya2 ..akhirnya hari ini cik nolie terjumpa dari blog seseorang yg lupa dah namanya salinan surat dari jabatan mufti negeri selangor tentang ASB ini. Kalau x salah salinan ini diambil dari http://www.islamituindah.my/. Sekarang dah sah la apa yg hubby cik nolie cakap ari tu. Pelik jugak kenapa PNB tak peka dalam hal macam ni. Cik nolie post psl ni pun hanya nak share. Terpulang pada pendapat dan kehendak masing2. Cik nolie dah lepas tanggung jawab dengan memberitahu apa yg cik nolie tahu. Wallahualam...




cik nolie copy dari blog orang yg dah lupa lak namanya..sorrriiii

No comments:

Post a Comment