Friday, January 27, 2012

HANTARAN KAHWIN DAUS

Punya la lama adik ipar cik nolie, Daus ni kahwin..baru ada masa nak upload gambar2 hantaran dia yg cik nolie buat..hehe. Jauh juga mengantar sampai ke Kulim. Kali ni trend terkini ala english garden jugak. Kebetulan dia nak warna pink...i like. Alhamdulillah dia suka sgt dengan hasil kerja cik nolie. Ini juga la hantaran terakhir yg cik nolie buat setakat ini. Almaklum penggubah underground..hehe.

Upacara penyerahan wang hantaran semasa majlis nikah di masjid

Ini la rupa hiasan wang hantaran berserta gelang utk batal air sembahyang

yg warna merah tu sebelah pengantin pompuan - cincin tuk daus

Hantaran yang lain2 pulak serah masa majlis bersanding kat rumah pengantin perempuan pada esok harinya. Jenuh juga cari bunga di pekan kulim ni..pusing punya pusing ada la satu je kedai..dah la tu punya la eksen tokey dia..sabor je la. Lagi satu bunga dia x fresshhhhh...huhu. Nak wat camne..apa2 yg ada je la. Sirih junjung mmg cik nolie suka guna freshh flower..tapi kali ni cik nolie wat trend baru bila combine sirih palsu dgn sirih asli..hehehe..darurat susah nak cari sirih jauh2 nih.


 
Antara saudara mara yg turut sama g menghantar Daus ke Kulim



Pengantin berseri2..cantik kaler bajunya..i like

Ini la hantaran yg dah 'completed' - 9 dulang semuanya



No comments:

Post a Comment