Monday, November 22, 2010

PETUA UNTUK MURAH REZEKI DAN DIJAUHKAN KESULITAN..

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Wallahualam..

SURAH AL-KAUTSAR ~ SURAH PENAWAR

Fadhilat Surah Al-Kautsar ni memang dah lama cik nolie tau tapi hanya untuk menghindari rasa lapar dan dahaga semasa berpuasa dan dah lama cik nolie praktikkan dan mmg terbukti..tapi article ni cik nolie dapat dari Kak Zaini dan rupanya banyak lagi fadhilat surah ini. Mudah2an menjadi amalan kita sehari2.




Surah Al-Kautsar ini adalah Surah paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.  Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika   menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah tetapi dizalimi.


Wallahualam.

RAHSIA DAHI LA PULAK..HEHEHE

Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan.... Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit. Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua.


Apa yang paling baik bagi wanita-wanita yang solehah adalah, tutuplah auratmu..kerana setiap inci tubuhmu mempunyai rahsia yang tersembunyi. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis.  Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Wallahualam..


Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?

Sebenarnya mereka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan dilakukan dengan baik.

Selain itu,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka di dalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni.

Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun.

Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya.Sebaliknya,entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan kekasih! Kenapa yer....? Janganlah sedeh .jodoh dan pertemuan telah di tetapkan untuk semua insan. Akan datang jua padamu suatu hari nanti.

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula, mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka Dapat. Dah nasib badankan!

Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu, mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.

Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Ni semua untuk suka- suka aje… Tak boleh nak percaya 100%… Hehehe...

Sunday, November 21, 2010

BEEHOON GORENG SINGAPURA (RESEPI BONDA)

Resepi ni bonda cik nolie yg ajar. Dia kata nama resepi ni beehoon goreng singapura. Cik nolie selalu wat tuk sarapan atau makan malam sebab resepi ni sempoi , senang, cepat dimasak dan sedap rasanya. Budak2 pun suka sebab x bape pedas. Tapi selalunya kalau rajin tahap gaban, cik nolie wat sambal tumis makan ngan beehoon nih. Sila la cuba ye.



Bahan-bahannya:-

1 paket beehoon EKA (rendam hingga lembut)
15 ekor udang
1 ketul fish cake (dihiris)
3 ketul tahu putih (potong kecil, letak garam dan goreng garing)
1/2 genggam ikan bilis (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 biji cili merah hidup (hiris nipis)
1 biji lobak merah (dipotong halus panjang2)
1 sudu besar penuh lada sulah serbuk (boleh tambah jika suka)
1 cawan air (untuk melembutkan beehoon..boleh tambah kalau beehoon x lembut lagi)
1/2 mangkuk taugeh
3 sudu kecil garam (ikut rasa..leh lebih kan atau kurangkan)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk hingga garing. Masukan udang dan fish cake. Kacau hingga sebati dan masukan cili merah dan lobak merah. Masukkan 1 sudu kecil garam dulu dan gaul rata.

Akhir sekali masukan beehoon dan air. Taburkan lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati. Akhir sekali masukan taugeh..kacau rata dan boleh la diangkat.

Untuk hiasan, goreng telur dadar, potong kecil2 dan tabur.

IKAN TONGKOL MASAK KICAP

Ikan tongkol lagi? Ya la..saja je ..tgk ada lebihan ikan tongkol tu cik nolie masak la masak kicap untuk sabrina. Ikan tongkol ni sedap kalau masak kicap.  Kat rumah ni budak2 mmg suka masak kicap. Sapa2 nak cuba masak kicap style cik nolie silakan lah ye. Nak tukar ikan lain pun boleh.


Bahan-bahannya:-

5 keping bahagian tengah ikan tongkol (garam & kunyitkan pas tu goreng garing)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1/4 inci halia (hiris jer)
1 biji bawang besar (potong bulat)
4 biji cili hijau (belah 2)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
2 sudu besar kicap pekat
6 sudu besar kicap manis
1 1/2 cawan air asam
minyak untuk menumis
*kalau masih kurang masin boleh la tambah garam secukup rasa


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis lada hitam, bawang putih, halia dan cili hijau. Masukan kicap pekat & kicap manis. Masukan bawang besar tadi..kacau dan masukkan ikan. Kacau rata. **Peringatan: Kalau ikan yg jenis hancur..masukan kemudian bila kuah sudah mendidih.

Akhir sekali masukan air asam dan garam secukup rasa. Biar mendidih..boleh la diangkat dan dihidangkan.

Senang jerr..

GULAI 'NASI DAGANG' IKAN TONGKOL (RESEPI BONDA)

Masa cik nolie dan hubby g Tesco Cheng tu ..ada lak ikan tongkol fresh tapi x bape besar. Hubby cik nolie beli dan suruh cik nolie wat gulai ikan tongkol cam gulai tuk nasi dagang tu. Hari tu kawe cik nolie ..gee ada kasi resepi tapi tertinggal lak kat opis...apa lagi tipun bonda ler...seb baik dpt resepi..besa la bonda.. kena la agak2..hahaha..x pe mai kita cuba..Ramai orang cakap kena guna rempah yg beli kat kelantan or terengganu baru ada ummpphh tapi dah darurat cam sekarang apa2 jer la..janji jadi gulai kan. Lagi pun cik nolie makan ngan nasi putih jer bukan nasi dagang..haha. Mungkin ada x sama ngan resepi asal sbb bonda cik nolie pun suka modified resepi..hehehe.


Bahan-bahannya:-

1 ekor ikan tongkol (direbus dulu dgn asam keping)
3 ulas bawang putih (*)
2 biji bawang besar (*)
2 inci halia (*)
2 inci lengkuas (*)
1 batang serai saiz kecil~hiris (*)
3 sudu besar cili kering yg telah direbus dan dikisar (nak pedas lebihkan ler cili)
1 1/2 senduk rempah kari (cik nolie guna babas so x yah letak kunyit)
Santan pekat readymade (2 ringgit)
2 keping asam keping (tuk kuah)
Garam secukup rasa...
Sedikit gula (kalau suka..cik nolie x letak gula sbb santan tu pun dah manis..hehehe)

Cara membuatnya:-

Ikan direbus dgn 4-5 keping (saiz sedang) asam keping dan sedikit garam hingga ikan keras (air agak2 menenggelamkan ikan). Kemudian angkat ikan tu dan ketepikan.

Sementara tu kisar bahan (*) dgn sedikit air dan campurkan dgn air rebusan tadi (jgn byk sgt). Masukan santan pekat, cili kisar, rempah kari, asam keping dan garam secukup rasa.

Kacau hingga menggelegak (jgn sampai pecah minyak). Masukan semula ikan tadi. Kalau suka boleh tambahkan cili hijau.

Taraa..dah siap.

p/s:mcm2 versi gulai nasi dagang ni..ada yg letak rempah jintan suma tu..ada yg letak lada hitam dan cili padi..tapi yg kat sini style cik nolie..hehehe

Boleh juga di gantikan dgn ayam.

SAYUR CAMPUR DGN TOFU JEPUN

Semalam cik nolie tak kerja so masak la tuk makan tengahari.  Dah lama tak masak sayur campur dgn tofu jepun so apalagi pagi2 dah g cari bahan2 dan masak.  Cik nolie kalau nak masak sayur suka beli yg baru dan fresh..baru la sedap bila dimasak..hehe. Ni style cik nolie masak sayur campur ye..sapa2 nak cuba boleh la cuba.


Bahan-bahannya:-

3 paket tofu jepun (potong bulat setebal 1cm, salut tepung gandum dan goreng)
1/4 biji bunga kobis (potong kecil ikut suka)
1 biji lobak merah (hiris bulat)
1 pek cendawan (carik2 jer..jgn halus lak)
10 ekor udang (buang kulit)
1 ketul fish cake bersayur bentuk bulat (hiris2)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 cawan air (agak2 menenggelamkan sayur)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Goreng tofu jepun yg telah dilumur dgn tepung gandum tadi hingga garing dan angkat.  Atur kan di dasar pinggan hidang.

Kemudian. Tinggalkan sedikit minyak ..agak2 cukup untuk menumis dan tumis bawang hingga naik bau. Masukan udang dan fish cake. Kacau kejap..masukan sayur kobis bunga dan lobak merah. Kacau rata masukan air dan sos tiram.

Bila menggelegak jer, masukan cendawan dan garam secukup rasa...kacau sekejap boleh la diangkat.