Friday, January 27, 2012

AYAM MASAK MASAM MANIS BERKACANG PIS

Assalammualaikum...

Hari ni cik nolie nak kongsi resepi lama kegemaran cik nolie. Resepi ni jiran lama cik nolie kat belakang umah mak masa duk kg. kemansah yg ajar. Namanya cik idah. Orang jawa juga..pandai masak.

Resepi ni biasa cik nolie masak masa raya. Sedap makan dgn nasi impit. Sesiapa yg nak cuba tu sila la.



Bahan-bahannya:-

4 keping dada ayam di potong sederhana besar (nak guna bahagian lain pun boleh)
5 ulas bawang putih - hiris2 je
10 ulas bawang merah - hiris2 je
1in halia - hiris halus
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Gaulkan semua bahan bersama ayam dan perap dalam peti sejuk selama 1 jam.


Bahan-bahan menumis:-

sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah - hiris2
1 labu bawang besar - potong bulat
1 tin kecil kacang peas - basuh dan tos
8 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
sedikit kicap manis

Panaskan minyak. Tumis cili merah hingga naik bau, masukkan ayam yg telah diperap tadi. Goreng hingga ayam separa masak (naik bau dan xde air).

Masukkan semua sos dan kicap, kacau sebati. Masukan bawang besar dan kacau lagi. Bila hampir masak, masukan kacang peas...kacau lagi dan tutup api.

Tarraaa dah boleh la dihidangkan.

p/s:sukatan sos2 tu agak2 je..pape pun letak dan rasa ikut kesesuaian tekak masing2 ye..hehe





No comments:

Post a Comment