Wednesday, November 24, 2010

AYAM MASAK DGN CILI KERING & KACANG GAJUS (CHINESE STYLE)

Resepi ni dah lama cik nolie dapat dari kawan opis cik nolie, Ms Tai tapi baru-baru ni jer cik nolie cuba. Masakan ni masakan cina dan cik nolie pernah makan kat shenzhen dulu..sedap cuma kat shenzhen pedas skit..mungkin ada letak serbuk cili. Tapi biasa la resepi ni cik nolie modified sikit ikut kesesuaian selera cik nolie. Sapa2 yg nak cuba tu sila lah ye.



Bahan A

4 ketul dada ayam (potong kecil dalam 1cm) tapi yg ni cik nolie potong kasar skit dalam 1in..hehe
2 sudu kecil garam
1 butir telur (amik putih jer dalam 1/2-agak2)
1 sudu besar tepung jagung
1 in halia muda (hiris jer)

Gaul bahan A hingga sebati dan goreng dalam minyak yg banyak hingga garing dan ketepikan.


Bahan B

80g kacang gajus ~ digoreng dgn api kecil hingga garing (nak tukar kacang tanah pun boleh)

5 biji cili kering ~ digunting dalam 3cm panjang
3 ulas bawang putih (hiris jer)
1 in halia muda (hiris jer)
2 sudu besar kicap pekat (original 1 sudu besar jer)
1 sudu kecil sos tiram (optional)
1 sudu besar cuka makan (kalau x leh makan cuka..tukar ke 2 keping asam keping)
1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn 1/2 cawan air
1 sudu kecil gula
4 sudu besar minyak

Panaskan minyak. Goreng bawang, halia dan cili kering. Kemudian masukan kicap dan gula. Masukan ayam yg telah digoreng tadi dan curahkan bancuhan tepung jagung yg telah dicampur dgn cuka, gula, sos tiram. Gaul rata. Bila agak kering, masukan kacang gajus...kacau kejap jer dan boleh la diangkat.

2 comments:

  1. Saya pernah makan di Restoran Cina (halal) sekitar tahun 70an. Ini menu kegemaran guru semasa annual dinner.Memang sedap.

    ReplyDelete
  2. Hari ini saya nak masak ini iaitu ayam goreng cili kering & Gajus. 1st time masak tentu isteri terkejut dengan resipi yang tak pernah dia masak.

    ReplyDelete