Sunday, October 31, 2010

ROTI PURI

Lagi satu kegemaran cik nolie sekeluarga ialah roti puri. Cara buat lebih kurang sama je ngan roti canai cuma ni senang..x yah tebar2. Resepi ni cik nolie dapat dari kawan opis..Janagi namanya.  Biasala resepi cik nolie dapat selalu nye resepi agak2..tapi itu la yang selalu membakar semangat cik nolie tuk buat experimen.  Akhirnya menjadi selepas 2 kali experimen..hehe..sapa2 nak cuba x leh patah semangat ye..cuba dan cuba hingga berjaya.


Bahan-bahannya:-

1 kilo tepung gandum
3-4 sudu marjerin daisy
Garam secukupnya dibancuh dgn air panas & disejukan

Cara membuatnya:-


Gaulkan marjerin dengan tepung hingga sebati.  Masukkan air garam sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut (lebih kurang cam doh karipap). Uli kena lama ye. Kalau x lama nanti x bape jadi. Renjis dengan sedikit minyak dan perap semalaman.

Peringatan:- 
Kalau nak masak pagi, uli & perap malam. Kalau nak buat malam, uli pagi.

Cara memasaknya:-


Ambil doh dan canaikan doh nipis2.


Pastikan minyak mesti betul2 panas dan banyak. Lepas tu pandai-pandai la kontrol api ye. Nak tau jadi ke tidak roti ni mesti gelembung.


Balik2kan roti tu hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

Hidanglah bersama kuah kari. Cik nolie selalu makan ngan kari sadin..sodap.


1 comment:

  1. Roti ni sedap dimakan dengan kuah kari. Tapi ngan asam pedas dan gulai lomak pun buleh juga..hehe.

    ReplyDelete