Wednesday, May 4, 2011

Kebaikan yg ikhlas adakah dibalas??

Cantikkan soalan diatas kan? Nak tau kenapa?..Haa..bacalah article dibawah ni.

Article yg sgt menarik ni di hantar oleh kawan cik nolie, masliza. Bila cik nolie baca, mmg x dinafikan ada betulnya dan sbb tu la cik nolie post kat blog ni tuk renungan kita bersama.

Bacalah..amat menarik..especially utk yg sentiasa rasa tertindas di tmpt keja..
mmg susah nk buat, tp tk rugi kalau kita mencubanya..


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


FIKIR2 KAN LAH.....



Friday, April 22, 2011

2ND REUNION FOR KOOL 77-87 @KDE~2/4/2011



ni la wajah2 rakan2 skolah cik nolie..walau pun hanya 35org je tapi tetap happening..tq suma

Alhamdulillah..setahun berlalu..reunion datang lagi. Reunion kali kedua ni cik nolie buat kat Kelab Darul Ehsan (KDE), Ampang, K. Lumpur pada 2/4/2011 ari tu.

Setelah sebulan lebih mewar-warkan kepada teman2 hanya 30 lebih org sahaja yg setuju untuk hadir. Yang lain masing2 ada hal yg x dapat dielakkan. Nak wat camne kan..dah ada hal. Insyallah tahun depan ..almaklum acara ni setahun sekali je..hik3.

Dalam sibuk2 tu cik nolie curi2 gak masa siapkan door gift dan pape yg patut. Seb baik la hubby cik nolie sanggup tolong survey barang apa nak beli...hehe..sayang abg..hehe.

Terima kasih sangat2 kat Akmar, Yati dan Linda yg sentiasa amik tahu dan support apa yg patut..dari sebelum hingga la hari acara berlangsung...tanpa mereka mungkin kelam kabut jadinya. Cik nolie ni sebenarnya bukan apa ..x nak nyusahkan orang..seb baik diorg paham..alhamdulillah.

Cuma kali ni terlalu banyak dugaan yg cik nolie kena tempuh. 2 minggu sebelum event punya la sibuk dgn keje..berlambak2. Masa yg sama gak sibuk terima panggilan dari kengkawan yg tanya itu ini..hehe. Paling kritikal nak g pilih dan beli door gift...almaklum budget ciput. Akhirnya setelah bincang dgn yati dan akmar, kotak harta karun jadi pilihan. Ujie pulak confirm kasi pineapple tart sebagai door gift tambahan. Dalam pada tu alamak hadiah bunga x gubah lagi..akhirnya..pagi2 2/4 tu cik nolie wat suma..huhu..tampal sticker reunion kat door gift pun selesai dalam kereta..hubby punya la bising ..suka wat last minute katanya..nak wat camne dah sibuk ngan keje..apa2 pun janji siap dan kengkawan happy.

door gift for the day

lucky draw gift from me

best of the best dress gift from me
Sebelum hari reunion tu cik nolie dah siap2 call yati ngan linda minta tolong diorg jadi penyambut tetamu..set diorang setuju. Terima kasih byk2. Mazita pun turut membantu..cik nolie really love uols..kawan sama2 senang sama2 susah.

ni la penyambut tetamu cik nolie..thanks yati, linda, akmar & mazita



Selepas check suma persiapan, kitorang start menerima tetamu. Sorang demi sorang hadir..ramai juga yg lambat sbb jalan ke situ mmg sesak..hari sabtu la pulak kan. Cik nolie pun sampai 15min lagi pukul 3..ok la..kalau organiser lambat masalah lak kan..haha...tq my hubby sbb berjaya menghantar cik nolie pada masa yg ditetapkan.

Dekat pukul 4 baru la nampak penuh dan majlis dimulakan..seronok sgat tgk muka kawan2  yg hadir. seb baik la ada makanan jadi diorg x le kisah lambat start..hehe. Paling seronok ada kawan yg baru join reunion kali ini..walau pun x seramai tahun lepas tapi tetap happening dengan tema 'blue and white'. Camne pun sedih juga ramai kawan2 yg ada masa 1st reunion x dpt sama2 kali ni.





Mengacara majlis mmg penat tapi gembira sbb suma kengkawan gembira. Tapi kali ni cik nolie puas sbb dpat posing banyak..haha..sbb tahun lepas byk miss.

Paling seronok acara lucky draw. Banyak juga sumbangan kali ni..tapi cik nolie harap tahun depan lagi byk sumbangan supaya suma lagi happy. Terima kasih x terhingga pada kengkawan yg menyumbang lucky draw kali ini terutama akmar, yati dan linda (penyumbang terbesar)..x lupa juga pada mazita, gee, rozi sulaiman, norlita, anis, saari & sisters, aida ahmad dan ramai lagi..

Antara gift dari kengkawan..thanks uols

Acara kemuncak tentu la acara potong kek. Cantik kek no. 2 kali ini. Thanks akmar kerana tolong cik nolie g tempah. Suma pun suka kek tu tapi ada yg x makan sebab dah kenyang dan lupa..hehe..maklum le dah jumpa kawan2. Lepas tu posing dan posing lagi.







Tepat pukul 6.30 majlis pun tamat dan kami pun bersurai. Lepas bersurai ada yg sambung lagi ke karaoke dan makan2 sampai malam. Maaf sangat2 cik nolie x dapat turut serta sbb hubby ada kursus malam tu..insyallah next time.

Akhir kata..alhamdullilah ya ALLAH atas limpah kurnia mu menjadikan majlis ni lancar dan menggembirakan semua kawan2 ku.

Semoga berjumpa lagi di next reunion tahun depan..insyallah.

Monday, April 11, 2011

SOTONG MASAK KARI PEKAT

Resepi ni olahan cik nolie lepas dah x tau nak masak apa sotong tu. Kuah dia pekat skit dari kari besa dan santan pun sikit je. Cuba la ye.



Bahan-bahannya:-

1 kilo sotong (buang isi perut je dan bersihkan, pale buang mata tajam je)
sedikit rempah tumis tiga sekawan (kayumanis, bunga lawang & buah pelaga)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1inci halia muda (tumbuk)
1 batang serai (titik je)
3 biji cili hijau (belah 2 je)
1 biji bawang besar (potong bulat je)
2 bungkus kecil rempah kari ikan babas
minyak secukupnya untuk menumis
1/2 kotak santan segera
1 1/2 cawan air
1-2 keping asam keping
garam secukup rasa
Sedikit daun sup dihiris tuk hiasan dan penambah rasa


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bahan tumbuk, serai dan cili hijau hingga naik bau. Masukan rempah dan 1/2 cawan air. Kacau hingga naik minyak dan masukan sotong dan bawang besar. Kacau rata. Bila agak kering, masukkan santan kotak dan baki 1 cawan air tadi. Masukan asam keping dan garam secukup rasa. Biar hingga mendidih, angkat dan taburkan daun sup diatasnya. Walla..dah siap.

SAWI PUTIH GORENG SEMPOI

Sawi putih antara sayur kegemaran cik nolie dan kuarga. Kalau x goreng..cik nolie masak lemak putih...sedap..manis rasanya. Ni resepi sayur goreng sempoi cara cik nolie..sama la cam sayur goreng besa.



 Bahan-bahannya:-

3 pokok sawi putih (bersihkan dan potong ikut suka)
10 ekor udang
1 ketul tahu putih (potong kecil dan goreng)
3 ulas bwang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
2 sudu besar minyak tuk menumis
1/2 cawan air
garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili hiris hingga naik bau. Kemudian masukkan udang. Kacau sebentar dan masukkan sayur tadi. Gaul rata. Letak sedikit air dan garam. Kacau lagi dan boleh la diangkat.


Sunday, April 10, 2011

SAMBAL PETAI UDANG

Petai mmg kegemaran kuarga cik nolie. Samada makan mentah atau wat sambal. Kali ni cik nolie nak post sambal petai udang lak. Lebih kurang je ngan sambal petai ikan bilis. Lebih sedap kalau dpt udang yg besar2 sikit..baru ada ummpph. Resepi seperti dibawah..cuba la.



Bahan-bahannya:-

15 ekor udang saiz XL (buang kulit tinggalkan bhgn ekor je)
4 papan petai (belah amik isi je)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1in belacan
10 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil gula
minyak secukupnya tuk menumis
garam secukup rasa
1/2 cawan air
1 sudu kecil penuh asam jawa adabi


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukan cili kisar, belacan dan gula. Kacau hingga cili betul2 garing. Masukan petai, bawang besar dan akhir sekali udang. Kacau sekejap..masukan air dan asam jawa. Kacau hingga naik minyak..boleh la diangkat dan dihidangkan. Sedap makan ngan nasi putih/nasi lemak.

NASI GORENG BERLADA BERISI IKAN GORENG

Kalau kat rumah cik nolie ni, nasi goreng berlada mmg kegemaran suma..terutama sabrina. Dia panggil 'nasi goreng adabi'. Cuma kali ni kebetulan ada ikan goreng lebih, cik nolie wat la nasi goreng berlada berisi ikan goreng. Masakan yg sempoi dan cepat dimasak. Boleh la cuba kalau ada nasi & ikan goreng lebih. Sesuai dimakan bila2 masa..hehehe.


Bahan-bahannya:

4 cawan nasi
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
sejemput ikan bilis (tumbuk)
3-4 sudu cili kisar
1/2 kiub ikan bilis *tanpa msg
2 ekor ikan kembung goreng (amik isi je..carik2)
minyak secukupnya untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit salad, timun dan tomato tuk hiasan dan penambah rasa


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk. Naik bau, masukkan cili kisar dan kiub ikan bilis (dihancurkan).

Bila garing, masukan isi ikan..kacau lagi. Akhir sekali masukan nasi, garam secukup rasa dan gaul rata2.

Goreng nasi hingga betul-betul masak..boleh la diangkat dan dihidangkan panas2.

Saturday, April 9, 2011

SAYUR KOBIS MASAK KURMA

Pernah dengar tak org masak sayur kobis masak kurma. Selalunya org masak lemak / goreng. Cik nolie dpt resepi ni dari mak cik nolie..dia pulak kawan dia yg ajar. Sebelum ni x penah tau pun. Baru2 ni je masa g rumah mak..budak2 makan bagai nak rak. Sibuk sedap katanya dan suh cik nolie wat. Haa..ni pertama kali cik nolie wat..emm ok gak..kalau dah x tau nak masak ape kan..sempoi je lauknya. Lawankan ngan sambal belaca/sambal tumis dan ikan goreng..perrhhh. Kalau ada ikan masin lagi power..hehe.


Bahan-bahannya:

1/4 biji kobis bulat (potong kasar2)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji cili hijau (potong serong)
sedikit halia muda (tumbuk)
1 batang serai (ketuk2 jer)
2 paket kecil rempah kurma adabi
1 biji kelapa *wat santan pekat 1 mangkuk
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang, halia, serai dan cili hijau. Bila naik bau, masukkan rempah kurma. Masukan 1 cawan air. Kacau hingga naik minyak. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau hingga santan mendidih, masukan kobis. Kacau kejap dan tutup api. Dah siap..senang je kan..cuba la.