Assalammualaikum..
Lama betul cik nolie x post kan resepi..bzzzzz sesangat la. Sebenarnya resepi dan gambar byk dah ada x de masa nak post je..hehe
Pape pun hari ni terajin la pulak nak post resepi kerabu sayur. Resepi ni kawan cik nolie yg ajar. Resepi kerabu ni versi jawa sbb dia org jawa. Sedap pada org yg suka meratah sayur cam cik nolie ni..hhehe..sapa2 yg nak cuba tu sila la ye
Bahan-bahannya:-
2 ikat kangkung (bersihkan, potong ikut suka)
taugeh 30sen
Pucuk ubi (amik daun je..)
Suma sayur tadi lepas dibersihkan celur, tos dan sejukkan.
Bahan-bahan hampasnya:-
1 biji Kelapa parut (putih je) - digoreng tanpa minyak
5 ulas bawang merah *
1 inci belacan * (kalau x nak letak pun boleh)
sejemput ikan bilis *
15 biji cili padi *
5 biji buah cekur (kalau ada la..kalau xde x yah)
Sedikit minyak untuk menggoreng bahan2 yg bertanda *
asam jawa adabi secukup rasa (jgn tambah air)
gula dan garam secukup rasa
Gaulkan bahan2 di atas dan mesin guna mesin kering.
Setelah sayur2 tadi sejuk, taburkan hampas kerabu ni di atas sayur dan gaul rata2. Ikut la byk mana nak letak hampas tu..cik nolie suka letak byk2 ..sedapppp..hehehe.
selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment