Thursday, July 7, 2011

MEE/MEEHOON KARI STYLE CIK NOLIE V1

Salah satu resepi kegemaran keluarga cik nolie ialah mee/meehoon kari. Cik nolie punya mee/meehoon kari ada 2 version kuah. Yang ni 1st version..sempoi punya...cepat dimasak..sesuai sgt utk makan malam/juadah buka pose.  Sapa2 nak cuba tu ..sila la..


Bahan-bahan utama untuk hidang:-

2 bungkus mee (suka jenis win x de ubat) ~ dicelur
4 pohon sayur sawi ~ basuh bersih, potong ikut suka dan dicelur
Taugeh (dalam 30sen) ~ basuh dan celur
4 ketul Tahu putih ~ potong kecil dan goreng
Sedikit daun bawang (kalau suka)
sedikit bawang goreng (kalau suka)
Telur rebus (kalau suka)

Hidangkan mee, sawi dan taugeh dalam mangkuk. Tuang kuah dan taburkan tahu goreng, daun bawang dan bawang goreng serta telur rebus..dah siap untuk dimakan.

Bahan-bahan untuk kuah:-

3 keping dada ayam /300g daging batang pinang (potong kecil ikut suka)
1 keping tahu ikan (mushroom)
1 bungkus bebola ikan (mushroom)
1 bungkus tahu kering yg kembung tu (belah 2)
sedikit rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
sedikit daun kari (kadang2 x de, cik nolie x letak pun..hehe)
3-4 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 inci lengkuas (ketuk2 jer)~kalau x nak boleh cuma rasa x bape ummp
2 batang serai (ketuk2 jer)
1 biji bawang besar (hiris2 jer)
1 biji cili merah (hiris2 jer)
5-6 sudu besar rempah kari daging adabi (bancuh dgn air-agak2)
2 mangkuk santan dari 1 biji kelapa (nak lemak leh tambah ye)
minyak untuk menumis (agak2 ler)
garam secukup rasa
sedikit kerisik (kalau suka~cik nolie kadang letak kadang tidak..ikut mood)


Cara-cara memasak kuahnya:-

Panaskan minyak. Tumis rempah tumis 3 sekawan & daun kari. Naik bau masukkan bawang, halia, lengkuas, serai, bawang besar hiris dan cili merah. Kacau hingga kekuningan, masukkan rempah kari. Kacau hingga naik minyak masukan ayam, tahu ikan dan bebola ikan. Kacau lagi. Boleh la dimasukkan santan. Kacau hingga sebati dan masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tahu kembung dan kerisik, kacau rata dan boleh la tutup api.

No comments:

Post a Comment