Sunday, July 3, 2011

KUIH CEK MEK MOLEK

Aritu g pasar malam nampak keledek cantik..cik nolie pun saja je beli...ingat nak wat kuih tapi x tau kuih apa.  Semalam puasa sunat bulan syaaban. Cik nolie teringat kat keledek tu. Pikir punya pikir cik nolie buat ler kuih cek mek molek. Kuih ni bonda cik nolie yg ajar..sonang yo buatnya...doh dia sama je cam buat kuih keria dan cucur badak..beza tang inti dan cara je.



Bahan-bahan untuk doh:-

2 biji keledek (sederhana besar)
2 sudu kecil garam kasar
Air secukupnya

1 1/2 cawan tepung gandum (agak2 ikut banyaknya isi keledek)
sedikit gula pasir (intinya)

Cara membuatnya:-

Kupas kulit keledek dan belah 3/4 bahagian. Basuh bersih2 dan masukkan kedalam periuk dengan air secukupnya. Masukkan garam dan rebus keledek hingga empuk.

Bila empuk (cucuk dgn garpu utk tgk dah empuk ke belum) buangkan air rebusan hingga betul2 kering.  Kemudian ambil lenyek keledek tersebut masa tengah panas2 hingga betul2 hancur dan biarkan sejuk.

Bila sudah sejuk, campurkan tepung sedikit demi sedikit agak2 (jgn byk sgt tepung ..nanti liat) hingga doh boleh dibentuk. Basuh tangan dan lap kering2. Kemudian ambil doh dan bulat2kan (lihat gambar bawah)



Ambil 1 keping plastik, taburkan sedikit tepung gandum dan letakkan doh tadi dan leperkan. Masukan 1 sudu kecil gula pasir dan katup doh (lihat gambar bawah).





Bila dibuka plastik bentukkan doh membujur seperti dalam gambar dibawah. Ulang proses yg sama hingga doh habis.



Setelah siap boleh la digoreng hingga garing.

Peringatan:-

Selepas siap dibuat, kuih hendak la digoreng terus. Jangan biarkan kuih lama2 nanti gula akan cair dan menyerap keluar doh.

Kuih dibiar sejuk baru dimakan sbb kalau baru goreng inti gula tu panas nanti melecur lak lidah.

Sila la cuba..

No comments:

Post a Comment