Monday, October 24, 2011

20/10/2011 ~ Cik nolie dah 41tahun..hehe




Emmm...20/10/2011 hari tu genap la cik nolie 41tahun. Sekejap je ek dah setahun rasa cam baru jew post catatan cik nolie 40thn pada 20/10/2010 hehehe. 

Alhamdulillah Allah panjangkan lagi umur cik nolie dengan penuh keberkatan. Cuma pertengahan tahun 2011 ni banyak mencabar cik nolie dalam banyak perkara. Rumah tangga, keluarga dan rezeki.

Dugaan demi dugaan melanda cik nolie..walaupun kadang2 rasa tak tertanggung namun cik nolie kena terima dengan redha ..mungkin ada hikmah disebaliknya. Alhamdulilah ini suma memberi kekuatan pada cik nolie.

Tentang kerja pun banyak yang cik nolie dah berubah...jadi lebih fokus. Ini semua hasil teguran bos kecik cik nolie yg x serik2 dok tegur cik nolie bila terlupa atau buat silap. Maklum la bila kita banyak masalah peribadi..kita kadang2 jadi pelupa dan x fokus pada kerja...hehe.

Semakin menjelang akhir tahun ni terus terang cik nolie cakap..cik nolie rasa lebih tenang dan lebih fokus tuk mencari jalan menyelesaikan apa saja permasalahan yg dihadapi.

Tentang kesihatan, alhamudulillah sekarang x gemuk sangat cam dulu semenjak mengambil SD2. Sekarang dah boleh bersenam tanpa sakit sana sini. Cik nolie mmg menjaga pemakanan supaya x terjadi lagi kegemukan melampau. Sekarang ni tumpuan cik nolie nak menurunkan lagi 10kg..insyallah.

Mudah2an Allah merahmati cik nolie sekeluarga di dunia dan akhirat. Di beri kesihatan yg baik, murah rezeki dan mempermudahkan segala urusan dan perkerjaan..Aminnnnn.



Wednesday, October 19, 2011

LASAGNA


Ingredients:

2 medium Italian eggplant (1½ pounds)
1 pound ground beef chuck
1 cup spicy no sugar added tomato sauce
4 medium portabello mushroom caps (about 12 ounces), stems and gills removed
¼ cup extra virgin olive oil
⅛ teaspoon salt
⅛ teaspoon pepper
2 cups ricotta cheese
10 ounces frozen leaf spinach, thawed and squeezed dry
2 eggs, slightly beaten
¼ cup Parmesan cheese
1 pound mozzarella cheese, sliced

Directions:

Broiled eggplant stands in for lasagna noodles in this robust dish.

1. Trim eggplants, but leave peel on; slice lengthwise ¼-inch to ⅓-inch thick. Layer in a colander, salting each layer. Let stand in the sink or over a bowl for 15 minutes to drain bitter juices.

2. Meanwhile, in a heavy medium skillet over medium heat, cook beef, breaking it up with a wooden spoon until browned and beginning to crisp, about 6 minutes. Drain liquid from skillet and stir in tomato sauce. Remove from heat; set aside to cool.

3. Brush mushrooms lightly with olive oil; season with salt and pepper. Cook 4 minutes per side in a large skillet over medium heat until lightly browned. Cut into ½-inch slices; set aside.
4. Heat broiler. Pat eggplant dry. Brush olive oil on both sides. Broil 3 minutes per side until just beginning to char; set aside to cool slightly. Reduce oven temperature to 400°F.

5. In a food processor fitted with a metal blade, combine ricotta, spinach, eggs and Parmesan cheese. Pulse until blended. Add pepper.
6. Lightly oil a 13- by 9-inch glass baking dish. Arrange half the eggplant slices in an even layer, overlapping slightly. Top with half the mozzerella and all the mushrooms. Spoon on half the meat sauce, then spread all the ricotta mixture, in an even layer. Top with the remaining eggplant, followed by the remaining sauce and the mozzarella.
7. Bake about 20 minutes, until cheese is melted and sauce is bubbly. Let cool slightly before cutting and serving.

Categories:

Vegetables, Main Course, Beef, Italian, Phase Two, Phase Three, Phase Four.

Nutritional Information
Per Serving:


Net Carbs: 5.5 grams
Fiber: 3.5 grams
Protein: 24 grams
Fat: 26 grams
Calories: 358

Recipe Information:

Makes: 12 servings
Prep Time: 0:30:00
Marinate Time: 0:00:00
Cook Time: 0:45:00
Cool Time: 0:00:00

Thursday, September 29, 2011

Grilled Chicken and Vegetables with Fresh Basil




Ingredients:

¼ cup shallots, roughly chopped
3 tablespoons extra-virgin olive oil
1 tablespoon chopped garlic
1 teaspoon salt
½ teaspoon black pepper
2 pounds of skinless chicken breast halves
1 red bell pepper, seeded and quartered (about 1½ cups)
1 medium zucchini, quartered lengthwise (about 1½ cups)
1 medium yellow squash, quartered lengthwise (about 1½ cups)
1 medium leek, root trimmed, halved lengthwise
¼ cup fresh basil, chiffonade
Directions:

1.      Mix shallots, oil, garlic, salt and pepper in a large re-sealable plastic bag. Add chicken, peppers, zucchini, squash and leek. Gently shake bag to coat chicken and vegetables, and marinate in refrigerator for 1 to 3 hours, turning occasionally.
2.      Prepare a medium-low grill. Place chicken on grill and cook until just cooked through, turning once, about 12 minutes. About 2 minutes into cooking process, add peppers and cook until tender, turning once, about 10 minutes.
3.      About 2 minutes after adding peppers, add zucchini, squash and leeks and cook until tender, turning once, about 8 minutes. Sprinkle with basil before serving.
Nutritional Information

Per Serving:
Net Carbs: 8.5 grams
Fiber: 2 grams
Protein: 50.5 grams
Fat: 17 grams
Calories: 399

Recipe Information:
Makes: 4 servings
Prep Time: 0:10:00
Marinate Time: 1:00:00
Cook Time: 0:15:00
Cool Time: 0:00:00

Saturday, September 24, 2011

SANDWICH AYAM DGN LADA PUTIH

Hari tu x tau nak masak apa. Tengok ada ayam. Cik nolie pun wat resepi hentam aje la...hehe. Senang jew resepi nih. Cik nolie buat sebagai inti sandwich...tapi nak makan gitu jew balut dgn sayur salad pun boleh.



Bahan-bahannya:-

3 keping dada ayam (dihiris nipis2, basuh dan tos)
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak zaitun

Cara memasaknya:-

Perap ayam bersama serbuk lada putih, serbuk kunyit dan sedikit garam selama 1/2 jam.

Panaskan minyak atas kuali 'non stick'. Masukan ayam tadi dan goreng hingga kekuningan dan angkat.

Ambil roti. Letak daun salad. Letakkan isi ayam tadi dan tutup dgn sekeping roti lagi. Dah siap. Cik nolie makan gitu jew tanpa sos untuk rasa ayam yg lebih natural. Lagi pun sos cili x elok untuk diet..tinggi karbo dan tinggi gula..ngehh3.

AGAR-AGAR LUMUT/SANTAN PERASA SIRAP

Agar-agar lumut /santan ni mmg sedap dimakan lagi2 kalau sejuk. Silap2 x leh berhenti..hehe. Selalunya buat guna agar-agar kering tapi kali ni cik nolie cuba guna agar2 serbuk..lagi mudah membuatnya. Kebiasaannya orang buat perisa pandan/gula merah tapi kali ni cik nolie buat yg mudah punya..perisa sirap. Lagi satu cik nolie wat experimen guna kordial stevia dan extract stevia..NO sugar gitu.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus serbuk agar2 pearl mermaid
2.5 liter air
1 cawan kordial sirap stevia
sedikit perwarna ros untuk warna yg lebih cantik
5 sudu kecil extract stevia (kalau nak guna gula letak lew dalam 500g gula biasa)
santan pekat dari 1biji kelapa (harga dalam RM2)
2 biji telur
sehelai daun pandan


Cara membuatnya:-

Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan. Bila mendidih keluarkan daun pandan dan masukkan kordial, gula dan sedikit perwarna ros. Kacau hingga sebati.

Kemudian pukul telur hingga kembang sedikit dan masukkan kedalam santan. Kacau rata.

Selepas itu tuangkan kedalam periuk tadi dan kacau selalu hingga campuran telur dan santan cantik masaknya.

Sediakan loyang dan tuang adunan (mesti kacau untuk mendapatkan keserataan pada bahagian atasnya nanti).

Selepas itu sejukkan pada suhu bilik. Bila dah keras sejukkan dalam peti sejuk. Boleh la dihidangkan bila dah cukup sejuk.



Thursday, September 22, 2011

MEE GORENG

Hari ni alhamdulillah selesai cik nolie berpuasa 6. Teringin pulak nak makan mee goreng. Bukan x nak beli tapi mee goreng kalau sejuk x sedap jadi baik masak sendiri kan..boleh makan panas2. Ni style mee goreng cik nolie...x letak kicap. Sesapa nak cuba sila la.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus mee kuning jenama laksamana (basuh dan tos~pastikan masa nak masukan mee baru basuh)
15 ekor udang saiz sedang (buang kulit separuh jew)
3 ketul tahu goreng (potong dadu)
1 ketul tahu ikan (potong nipis)
1 bungkus bebola ikan (potong 2)
3 pokok sawi (bersihkan dan potong ikut suka)
Sedikit Taugeh

Sedikit ikan bilis (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis tumbuk hingga naik bau. Masukan cili kisar. Kacau hingga cili garing. Masukan udang, tahu ikan, bebola ikan, tahu goreng. Kacau rata.

Masukan tomato sos, sos tiram, sos tiram, sos ikan dan sawi. Kacau lagi. 

Akhir sekali masukan mee yg telah dibasuh & ditos. Taugeh, sedikit air dan garam secukup rasa.

Kacau rata dan boleh la diangkat.






Tuesday, September 20, 2011

KEK MENTEGA SEMPOI

Hari raya baru2 ni cik nolie wat kek mentega sempoi nih tuk family cik nolie sbb diorg mmg suka kek yg kosong camni. Resepi ni mmg dah lama cik nolie simpan dari zaman anak dara lagi. Mula2 dapat kat majalah..tapi biasa la resepi majalah ni kena cuba dan setelah di experimenkan terhasil la resepi yg sempoi ni..insyallah jadi kalau ikut cara2nya..hehe. Sapa2 yg nak cuba tu sila la..



Bahan-bahannya:-

250g mentega
180g gula castor
250g tepung naik sendiri
5 biji telur
1 penutup esen vanilla


Cara membuatnya:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukan telur 1 persatu dan pukul hingga kembang (ingat: telur mesti masukkan satu dulu dan pukul hingga kembang baru masukan telur lagi sehingga habis).

Bila dah kembang, masukan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit. Masa ni gaul hingga adunan sebati. Peringatan: Jgn pukul kuat2. Masa ni kacau dgn senduk kayu jew.

Dah siap adunan. Panaskan oven pada suhu 180darjah celcius dan panaskan loyang yg telah disapu lebihan mentega tadi selama 2 minit. Keluarkan loyang dan masukan adunan tadi. Ratakan dan bakar hingga masak selama 35-40min. Nak tau masak ke tidak cucuk ngan garfu..kalau x melekat makna dah masak la..hehe.

Ni gambar kek yg baru masak.