Sunday, October 27, 2013

CIK NOLIE DAH 43 TAHUN LAAA...



Assalammualaikum..

Syukur kehadrat Allah S.W.T yang memanjangkan umur sehingga kini.

Diam tak diam dah 43tahun ye umur cik nolie..hehe.

Tahun ni mmg tahun banyak sangat dugaan pada cik nolie...hanya allah sahaja yang tahu tapi alhamdulilah berkat rahmat darinya..cik nolie masih bernafas dan meneruskan perjalanan kehidupan ini dengan tenang.

2-3 bulan sebelum hari lahir cik nolie...cik nolie x sihat. Selalu sakit kepala dan sesak nafas. Memang terasa macam dah sampai ajal je..nauzzubillah. Ya allah masih sedikit amalan yang akan ku bawa ya allah.

Kawan2 nasihatkan cik nolie pergi buat check up di hospital untuk mengetahui apa penyakit cik nolie ni. Maklum la badan semakin naik semenjak injured kaki x boleh bersenam.

Cik nolie gagahkan diri pergi ke Hospital Alor Gajah untuk buat pemeriksaan. Kena ambil darah..adoiii..cik nolie ni mmg penakut kalau bab amik darah.

4 hari lepas tu pergi check doktor dan ambil keputusan ujikaji. Alhamdulillah semua OK termasuk la ujian BP dan ECG. Kolesterol pun cantik (tapi kena jaga juga kan). Melihatkan keputusan begitu..doktor suruh ambil darah lagi..adooiiii..lagi sekali..layannn.

Lepas seminggu ambil darah..kompem..cik nolie kekurangan zink..emm atas nasihat sepupu cik nolie ambil Iberet folic. Alhamdulillah lepas pengambilan badan rasa lebih bermaya tapi sesak nafas masih ada cuma x seteruk dulu. Migrain pun alhamdulillah hilang.

2 minggu sebelum tarikh lahir cik nolie tetiba office buat surprise party. Emmm mmg xde feel langsung sbb belum tarikhkan. Diorg pulak beli pizza ganti kek..boleh la..cik nolie tetap appreciate apa yg diorg bagi..hehe.

Yang paling kelakar, boss kecik cik nolie buat 2nd surprise dgn belikan kek birthday..katanya nanti tunggu hari isnin dah lambat..emm ada2 je diorg nih..masa tu seronok skit mungkin sebab dah dekat kot..hehe.

Hari ahad tanggal 20/10/2013..alhamdulillah ramai kawan2 yang wish pada hari lahir cik nolie tapi x sempat nak jawap kat facebook. Kat rumah pulak kitorang x celebrate dengan kek pun. Hubby dan anak2 just give wishes and kisses...alhamdulillah kasih sayang mereka lebih berharga pada cik nolie.

Harapan cik nolie semoga Allah tetapkan iman cik nolie..sentiasa memberi rahmat dan hidayatnya supaya cik nolie menjadi isteri solehah and ibu yang mithali. Juga doa cik nolie agar kami sekeluarga dikurniakan rezki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia didunia dan diakhirat.

Wassalam.

Hargailah orang-orang yang anda sayang disekeliling anda...

Saturday, October 12, 2013

KEK NENAS TONGGANG TERBALIK

Assalammualaikum,

Alhamdulillah mood menulis dan mengupdate blog datang semula setelah sekian lama berehat. Syukur kehadrat allah yang memberi rahmat keatas diri cik nolie.

Sebenarnya banyak resepi yang dah dicuba tapi cik nolie x download dalam blog disebabkan mood yang tetiba merundum setelah kamera rosak (xleh download gambar) dan laptop pun rosak.

Pape pun meh kita mula ngan resepi kek nenas tonggang tebalik. Emm resepi ni dah lama dah cik nolie belajar..masa zaman muda2 dulu tapi resepi hilang entah kemana. Tapi tu la kan zaman tenet ni mmg memudahkan. Cari punya cari terjumpa resepi yang sama.. xsalah cik nolie nama penyumbangnya Nor Aini.

TApi biasala cik nolie ni kan resepi nak buat nak senang je so buat ikut suka hati je la..janji senang dan janji jadi. Kalau korang malas nak buat boleh tempah je dengan cik nolie ye..tapi kalau duduk area melaka lah ye..hehe


Bahan-bahannya:-

250g mentega
220g tepung kek
200g gula castor
30g mentega dicairkan
4 biji telur gred A
5 sudu besar air sirap nenas
3 sudu makan gula perang
10 keping nenas dalam tin (yang bulat)
10 biji ceri merah (hiasan)

Cara membuatnya:

Cik nolie gunakan loyang 4 segi size 9x9in. Cairkan mentega dan ratakan. TAbur gula perang dan atur nenas diatasnya.

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung selang seli dengan air nenas.

Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah di aturkan nenas n ceri taadi. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 45minit.

Walla..dah siap..tunggu sejuk sikit baru potong kek ni tau..mmg sodap makan masa suam2 tu.