Thursday, August 25, 2011

KEK NASI 'PUNTEN'

Emmm..ari ni lagi 4 hari nak raya..alhamdulillah. Tiba2 teringat nak post resepi kek nasi atau punten. Resepi ni cik nolie belajar dari kawan 'org jawa'. Mula2 makan eh..sedapnya..terus minta resepi..hehe. Nak buat pun senang jew..lebih kurang cam nasi impit. Kata kawan cik nolie ada kuar resepi ni kat tv tapi cik nolie x perasan lak. Ni versi kawan cik nolie. Lawannya dengan sambal bilis cili padi becak2..sedap makan waktu sarapan pagi. Resepi nya seperti dibawah:-










Bahan-bahannya:-

1 cawan beras (dibasuh dan toskan)
3 cawan air (kalau nak lembut lagi/beras jenis kembang tambah 1 cawan lagi)
1/3 bahagian dari 1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

Masukan beras, air dan sedikit garam dalam rice cooker dan masak hingga lembut.

Bila dah cukup lembut dan masak, masukan kelapa dan gunakan cawan plastik dan lenyek2 nasi dan kelapa tadi hingga hancur.

Kemudian masukan ke dalam bekas dan lapik atas nasi tadi dengan plastik dan tekan2 hingga mampat dan biarkan sejuk.

Masukan dalam peti sejuk kalau suka dan biar hingga esok pagi boleh la dihidangkan bersama sambal bilis cili padi...emmm..yum3.


Tuesday, August 16, 2011

PENGALAMAN KURUS BERSAMA SD2..SYIOKNYA



Cik nolie ni seperti yg semua org tau mmg dah gemuk sejak azali lagi.  Masa kawin dulu pun berat mmg 80 lebih tapi kira ok lagi la. Lepas tu mengandung anak yg pertama berat naik mendadak hingga 124kg..huhu beratnya. Lepas bersalin dan berpantang turun la sikit begitu la seterusnya hingga la sekarang. Pernah turun paling bawah pun 107kg masa jaga sabrina tengah sakit/operation jantung (5 tahun yg lepas)..hehe. Lepas tu naik balik dan maintain kat 116-118 jew berat cik nolie nih. Kadang-kadang cecah 120kg.

Memang cik nolie nak kuruskan badan sebab doktor dah arahkan cik nolie diet lepas cik nolie asyik sakit lutut bila naik tangga opis. Nafas pun semput je bila jalan banyak skit. Nak exercise pun jangan mimpi la sbb lutut mmg akan sakit..huhu. Yang paling teruk solat pun kena wat duduk kat bawah /duk kat kerusi sbb lutut  x boleh tahan turun naik.

Tahun ni tah macammana kak dzu aka akak laling pujuk suh cik nolie wat diet protin selama sebulan.  Mula2 mmg rasa cam x boleh jew..tapi cik nolie kuat kan semangat terutama bila tgk akak laling dah kurus..cik nolie kurang kan nasi dan ambil roti gandum jew. Mula2 mmg pedih perut tapi lepas seminggu dah ok. Lepas sebulan x sangka leh turun 2.5kg tapi rasa cam lambat la sangat.

Kemudian akak dzu saran amik SD2 tuk turunkan berat dgn lebih cepat tapi selamat. Tgk pada cara2 penggunaan mmg nampak menarik. TAmbahan pulak diet SD2 ni kena makan dan x boleh berlapar. Tu yg buat cik nolie teruja tuk cuba. Aduyai susah jugak nak kontrol makan nih..huhu..kuatkan semangat.

Minggu pertama amik SD2 berat x berubah pun tapi rasa longgar sikit pakaian.

X puas hati check kat tenet psl SD2 ..baru tau perkara2 yg blh menyebabkan berat x turun..ish3..cuba lagi tin kedua+fiber max..alhamdulillah tau2 timbang turun 4kg..lepas tu period lak.

Masa period x leh minum so watch karbo jew. alhamdullilah turun lagi 2 kilo..hik3..seronok.

Selepas 4 tin cik nolie minum..dari segi berat hanya 9kg jew turun tapi dari segi kelonggaran baju..seronok sgt2 byk baju lama dah boleh sarung.

Kemudian raya pun timbul. Risaunya maklum la open house sana sini tapi alhamdulillah dengan meminum SD2 secara berterusan walaupun cik nolie langgar pantang berat x naik..maintain je...SD2 mmg terbaek.

Sehingga saat ini berat cik nolie dah turun sebanyak 16kg. Rasa x percaya je. Badan mmg mengecik secara yg kita x sedar. Seluar jeans dulu pakai size 46 sekarang cik nolie dah boleh sarung size 40..seronokkkknyaa. Mmg x rugi cik nolie cuba SD2.

Yang paling memeranjatkan cik nolie dah join kelab aerobik dan boleh beraerobik dgn mereka yang lebih kurus selama sejam ke sejam setengah tanpa rasa sakit kat lutut dan stamina mmg menakjubkan. Alhamdulillah.

Sekarang ni cik nolie nak sharing dengan sesiapa saja yg pernah mengalami masalah obesiti dan kegemukan cam cik nolie. Walaupun cik nolie tau berat cik nolie belum kurus lagi tapi yang penting stamina dan kesihatan mmg meningkat.

Kalau berminat nak kurus, cik nolie boleh bantu dengan konsultansi percuma. Call la cik nolie kat 019-6282726.

Sekarang ni cik nolie promosi beli package SD2 tuk sebulan dapat keahlian dan shaker percuma.


Friday, August 12, 2011

ACAR MENTAH TIMUN & NENAS (JELANTAH)

Bulan pose nih syiok tul duk pikir apa nak masak tapi kadang2 tu pening jugak tambah dalam keadaan cik nolie yg tgh diet SD2 nih.  Ni tengah2 boring ni teringat lak kat acar timun nenas mentah yg sedap dimakan ngan nasi minyak/nasi jagung/nasi beriani. Nasi beriani cik nolie x penah masak..hehe..x tau kenapa..mungkin x bape suka kot. Ni ler acar mentah paling senang dalam dunia..ratah pun sodap. Cuma kalau bulan pose ni pada yg x tahan perut jgn le makan..hehe..takut sakit perut lak.




Bahan-bahannya:-

2 biji timun (belah 4, buang biji dan hiris nipis tapi jgn nipis sgt)
1 biji nenas muda (buang empulur dan mata dan hiris ikut suka)
3 biji bawang besar (hiris nipis2)
5-6 biji cili merah (hiris nipis2)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

Campurkan timun, nenas, bawang hiris dan cili hiris. GAul rata2.

Campurkan gula dan garam secukup rasa. Cik nolie biasa letak agak2 pas tu rasa..pastu biarkan dalam peti sejuk. Bila kuarkan rasa lagi..kalau kurang leh tambah gula dan garam tu..hehe.

Dah siap..senangkan.