Thursday, January 20, 2011

SAYUR KOBIS GORENG

Ini resepi sayur yg biasa2 jer...sayur kobis goreng sempoi cara cik nolie. Kalau cik nolie masak sayur ni suka rangup2..potong lak ikut suka..kadang2 halus..kadang2 kasar..tapi yang penting x suka 'over cook'. Lagi satu makan panas2 ...sedap. Resepi seperti dibawah ..sapa2 nak cuba..sila la.


Bahan-bahannya:-

1/2 biji kobis (pilih yg ringan dan x bape padat)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang  putih (hiris)
6 ekor udang sedang (buang kulit)
1 ketul 'fish cake' (hiris)
sedikit lobak merah (hiris halus)
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang. Bila garing ... masukan udang dan fish cake. Kacau hingga naik bau. Kemudian masukan lobak merah. Kacau sebentar..kemudian masukan kobis dan garam. Kacau rata sekejap jer..boleh la diangkat...taraaa..dah siap..senang kan.

Monday, January 17, 2011

KURMA AYAM

Semenjak duk umah baru nih..bzz skit la..tu yang cik nolie dah jarang dapat post resepi kat blog. Resepi dan gambar mmg dah ada..nak post nya x de masa..hehe.  Macamana pun ini ialah resepi 'ayam masak kurma'..teringin sgt nak makan sbb dah lama x masak. Semangat  masak kat rumah baru ler nih..hehe. Resepi ni bonda cik nolie yang ajar. Sesiapa yang nak cuba..sila la ye. Resepinya seperti dibawah:-




Bahan-bahannya:-

6 ketul ayam
4 biji kentang (belah 8)
5 ulas bawang merah (hiris2)
4-5 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
2 batang serai (titik jer)
5 tangkai cili kering
1 pelepah daun kari (optional)
1 biji bawang besar holland (belah 6)
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 bungkus kecil serbuk kurma adabi (campur sedikit air)
sedikit minyak untuk menumis
1/2 kotak santan / 1 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 sudu kecil garam kasar (masin ikut rasa masing2)
2 keping asam keping


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang, rempah tumis, serai dan cili kering  hingga garing. Masukan rempah kurma. Tambah air jika masih kering. Kacau hingga naik minyak, masukan ayam, bawang besar dan kentang.

Kacau hingga ayam betul2 sebati dgn rempah..boleh la masukan air secukupnya.
Bila kentang dah empuk, masukan santan, garam dan asam keping. Kacau hingga masak dan boleh la diangkat.

Thursday, January 13, 2011

PENGALAMAN KE SHENZHEN 1

Sejuk betul cuaca skrg ni sbb ari2 hujan. Bila sejuk2 ni teringat la pengalaman ke Shenzhen waktu musim sejuk...huhu. Kiranya Shenzhen, China adalah negara luar yang kedua cik nolie pergi.  Cik nolie pergi masa bulan Januari, 2008 (sama cam skrg). Masa tu x sangka langsung yg bosh akan arah kan cik nolie pergi ke sana bersama Logistic Manager...tapi yelah dah rejki..alhamdulillah. Kitorang kena pergi menghadiri 'conference meeting' kat sana. Seperti biasa seronok campur takut maklum la x boleh bayangkan camne keadaan tempat tu.

Dipendekkan cite, kami mendapat informasi yg keadaan di Shenzhen mmg sejuk sgt..dibawah 10darjah Celcius. Logistic manager suruh bawak sarung tangan tapi cik nolie cakap cik nolie x de dan x sempat nak g beli. Seb baik dia ada spare dan kasi cik nolie pinjam..hehe.

Sedih gak nak tinggalkan sabrina yg masa tu dah berumur 1 tahun lebih..tapi demi tugas..kena gak pegi...chewah. Kami bertolak ke Shenzhen menaiki Shezhen air yg lebih kurang besar Air Asia jer. Kapal pun cam dah lama jerr..berdoa jer masa tu mudah2an selamat..hehe..alhamdulillah selamat sampai kat Shenzhen. Masa kat airport jumpa org cina islam yg sama2 naik Shenzhen air pakai baju berlapis2..uikss sejuk sgt ke nih..risau dah. 

Naik flight ok jer cuma makanan x mcm naik chathay pacific..huhu..x pe la..janji ada makan. sampai kat airport ..tengok airport dia kecik jer x macam airport HK. Senang skit..haha. Keluar je dari kapal terbang...ya allah..sejukkkknyaaa...pas tu ada gerimis lak..ya allah..cik nolie dah rasa gigil dah..seb baik pakai sweater. Masa ni kawan cik nolie suruh cepat2 pakai glove..chewah.  Kemudian berlari2 kena kejar bas transit..x dpt duduk..berdiri jer..pas tu cam ikan sadin..haha..x kisah la..janji sampai. 

Keluar dari airport seb baik dah ada travel agent tunggu kitorang dan hantar hotel ngan keta. Masa g ni cik nolie x de kamera..harapkan kamera kawan jer masa tu..tensen gak x dpt amik gambar. Nampak cuaca kat luar gelap dan berkabus..pas tu cam ari hujan yg diorg panggil 'mist'. Membangun gak Shenzhen ni rupanya tapi x segah HK.

Sampai kat Hotel..check in. Pintu x leh bukak lak..huhu. Hampeh tul..terpaksa panggil kawan cik nolie tolong..rupanya ada cara tersendiri nak buka pintu tu..terlebih changgih x mcm hotel malaysia yg cik nolie penah pergi...huhu..perak sungguh cik no.

Kawan cik nolie pesan suh siap cepat nak g jalan2 cari makan..risau gak ada ke makanan halal kat cini. Sejuk punya psl cik nolie x mandi..haha. Kitorang g jalan2 kat sekitar hotel..cuaca mmg sejuk gilez.  Pastu diorg nyer sistem jalan cam koboi town. Keta laju2..masa lintas jalan terpaksa berlari elak kete..haha.

Akhirnya pusing punya pusing kitorang jumpa pizza hut. Tawakal je la masa ni..makan seafood pizza..ada bunga dari laut..cantik dan berbuai2 (x penah jumpa kat sini)..sedap gak..rasa ikan tapi x sempat amik gambar..haha.

Pastu jalan2 sekitar kawasan sebelum balik ke bilik. Yang menarik masa ni cik nolie jumpa pokok limau tahun baru cina yang saiz lebih besar dari yg selalu tgk kat Malaysia ni (tengok ler gambar kat bawah ni) masa on the way balik ke hotel.


Sampai kat bilik cuaca mmg sejuk gilez. Lepas mandi..dah rasa kejung kaki..huhu. Malam tu kawan ajak g dinner pun cik nolie x g sbb x larat sgt .. sejukkk so dia g sorang2 jer. Lagi pun perut kenyang lagi. Malam tu call abe..sabrina x nak tido tercari2 cik nolie..huhu..sedihnya.

Sok pagi2 kitorang dah siap dan g sarapan kat bawah..tgk2 keliling yang cik nolie boleh makan cuma telur rebus dan roti bakar..sabor je la..seb baik ada pisang montel..ok la tu..lapik perut..seb baik kejap..kalau x bisa kurus..haha.

Abih bekpas terus g tempat 'conference'..seb baik conference cepat abih..cik nolie dah ngantuk gilez dengar speaker tu cakap..huhu. Lepas conference diorg ada lunch. G la turun kat tempat makan. Hotel mmg kelas..6 star tapi makanan x leh makan sbb x halal..suma ada ba alif ba ya..aduyai..padahal kitorang dah informed sebelum dtg...huhu..last2 kawan cik nolie cari pengajur dan kasi tau masalah kitorang. Masa tu ada 2 lagi melayu yg sama2 kat conference tu..org melaka gak. Diorg minta maaf dan janji masakkan vegetarian food tuk kitorang..huhu..sabar je la..seb baik lauk2 tu sedap..hehe..walaupun sayur je suma nya.

Lepas makan kitorang balik hotel. Rehat jap..siap balik dan kuar semula jalan2..wah mentang2 ada masa psl sok baru kitorang flight balik.  Tempat yg kitorang tuju ialah 'Window of the World'..risau gak masa dah suntuk takut x sempat..tapi redah jer la.

Cantik tempat tu...pas tu lak cuaca lak sejuk..terasa tul cam kat luar negara..hehe. Kat sini cik nolie letak beberapa gambar yg diambil oleh kawan cik nolie masa kitorang kat 'Window of the World'.





Disebabkan kawasan tu besar sangat dan x cukup masa..maka cik nolie dapat lawat separuh kawasan jer..huhu..terasa ruginya...tapi x pe la..merasa gak masuk dan melihatkan. Kat bawah ni beberapa tempat yg cik nolie lawat masa tu. Sebenarnya sebab hari dah gelap..jadi bila gelap mmg x nampak miniature tu..dah tu lak sunyi..org x ramai..seram u..haha.


yg ni cik nolie lupa..tapi mmg salut org yg buat miniature ni..

ni kat candi borobudur miniature..seram gilez tempat nih..huhu

ni kat depan taman Jepun..cantik tapi menyeramkan dengan suasana yg dah nak malam.huhu

Last sekali sebelum balik kitorang tgk show..masa ni baru kui 7 jer tapi dah gelap gilez..best gak show tu..x sempat abih kitorang bla..dlm kui 8..dah x larat nak tunggu sbb sejuk sgt..dah ler panggung terbuka..haha.  On the way balik jumpa ler org Malaysia..beramah mesra le sekejap..keh3..biasa la tu kalau g luar negarakan.

Masa kat sini cik nolie beli topi serkup sbb tinge dah berdengung .. sejuk sgt..chewah. Peh tu beli gelang magnet...tawar punya tawar dpt ler murah skit..

ni kat tangga turun dari panggung terbuka tu..masa ni ler jumpa org malaysia..hehe

Dalam pada tu sempat gak singgah kat kedai2 yg jual survenior lagi tapi tgk2 jer..x beli pun..sbb bendanya sama jer.

x beli barang x pe..yg penting posing..keh3

Balik hotel sebenarnya dekat je tapi kitorang naik teksi dalam 10min jer sbb x sanggup jalan kaki sejuk2 nih..hehe.  Sampai kat hotel..cik nolie cepat2 mandi walaupun sejuk..hehe...dah satu ari berjalan. Lagi pun nak g dinner lak.  Seb baik tempat makan dekat jer..dlm 10minit jalan kaki. Kat sini byk berjalan..exercise..hehe..lagi pun cuaca sejuk x terasa penat..keh3.

Kitorang makan kat pizza hut gak..sbb itu jer yg konpiden nak makan. Kali ni cik nolie makan spagethi with salmon and asparagus..ok la.

Lepas makan kitorang jalan2 kat sekitar kawasan tu..diorg panggil tempat tu 'mermaid' apa tah..lupa sbb ada sculpture mermaid besau kat situ.

Banyak kedai2 kecil jual barang survenior..beli la serba skit...tapi yg bengkek tu kat sini gelang magnet tu lagi murah..huhu..sabor je la.


ni kat depan kapal yg kat dalam dia restauran besau

ni kat kawasan gerai2 yg jual mcm2 barang..kena pandai tawar..mmg murah

ni kat sculpture mermaid..gelap sgt..x bape nampak..hehe

ni kat depan kedai jual barang jade & pelbagai..x masuk pun..posing jer..haha

Dah selesai sumanya..kitorang pun balik ler hotel. Sempat gak tu kitorang posing depan hotel..haha.


Kat hotel sebelum tido tepun hubby...sesekali berjauhan2 ni terasa rindu2annya..hehe. Kesian dengar sabrina x nak tidur tercari2 cik nolie..ala bb umi..seb baik ler 2 malam jer.

Sok pagi2 kitorang dah siap..cepat2 sarapan peh tu nak g airport. Aduyai masalah la pulak sbb cuaca buruk sgt so teksi susah nak dapat. Doa punya doa alhamdulilah dpt gak kitorang teksi..tapi dalam kelam kabut tu cik nolie dah tertinggal glove dalam teksi..huhu..seb baik kawan cik nolie x marah.

Nak g airport tu lak jalan jem..aduh risaunya..takut x sempat jer.  Sampai airport pulak sudah tersalah terminal..aduyai..kena berlari lak nak kejar masa. Seb baik la kawan cik nolie punya la baik..dia tolong bawak beg dan suruh cik nolie lari ikut dia..adus semput napas ku..huhu. Terima kasih byk2.

Akhirnya setelah melalui pelbagai halangan kitorang dpt gak naik fligt. Masa balik kitorang naik air asia.. x kisah la..janji sampai. 1st time ni cik nolie naik air asia..ok la..not bad (sebelum ni dgr mcm2 cite org)...cuma kena le rebut kusi..haha.

Sampai LCCT hujan la pulak..siap berpayung2 lagi. Kitorang balik melaka seperti biasa naik kereta sewa..singgah makan jap..peh terus balik rumah...syiokknya..especially dapat cium bb ku sabrina..hehe.

Selesai sudah...

Tuesday, January 4, 2011

TEKNIK BERTENGKAR SECARA POSITIF

Article yg bagus ni cik nolie dapat dari email norhayati neetmat.  Mudah2an menjadi panduan untuk cik nolie dan sesiapa saja yg membacanya..insyallah.

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga." (Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." (Riwayat Ibnu Mas'ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini. Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap ~ Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan - Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya - Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan - Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah - Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara - Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja - Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan terlalu emosional - Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik - Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur - Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri - Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak - Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar - Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party - Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah - Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai - Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan - Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan - Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books.perintis.com.my/.